Blogger Baru Pandai Mencuri

Semakin hari semakin banyak blog yang wujud di dunia cyber ni. Dan semakin itu juga, banyak blog-blog baru yang wujud. Aku tidak tahu situasi di negara luar tetapi apa yang aku dapat perhatikan, blogger-blogger baru di tanah air kita ini sangat pandai mencuri.

Disebabkan mereka-mereka ini masih baru, jadi, banyak perkara yang mereka tidak tahu. Dan disebabkan itu, mereka mencuri content-content dari laman blog orang lain dan diletakkan di blog mereka itu sendiri. Dah pulak tu tak nak mengalah sampai, icon-icon dan image-image yang ada dalam posting pun dorang sebat sekali. Hai…kenapa la sampai macam tu sekali dorang ni.

Maaf kalau ada dikalangan pembaca di sini yang masih baru dalam blogging dan terasa dengan kata-kata aku di sini. Tetapi itu lah yang berlaku di kalangan masyarakat blogger di Malaysia. Pandai mencuri content orang lain dan dijadikan sebagai artikel di blog sendiri. Apa lah salahnya sekiranya diletakkan link dari mana sumber artikel itu diambil. Ni tidak, sekali semua dia sapu termasuklah Related Post yang ada dekat artikel itu. Macam mana aku boleh tahu? Mestilah sebab aku yang kena.

Nak baca sambungan dia…

Beli Domain Untuk Blog

domain-name

Untuk menjadi blogger, sudah semestinya seseorang itu perlukan blog. Tanpa blog, tidak mungkin seseorang itu boleh kita gelarkan sebagai blogger. Dan bagaimana pula dengan domain untuk blog? Perlukah kita ada domain sendiri untuk blog kita itu?

Bagi pendapat aku, adalah lebih baik sekiranya kita mempunyai domain sendiri. Jangan gunakan subdomain dari dari orang lain. Bukan sahaja tidak menarik, malah akan nampak ketidaksungguhan kita dalam berblog.

Lagipun, dengan adanya domain sendiri, barulah nampak keunikan kita itu. Barulah nampak lain dari yang lain. Kalau sebut sahaja pasal Blog Aku, sudah semestinya hanya satu sahaja Blog Aku di dunia ini. Tiada siapa yang akan mempunyai domain BlogAku.Net selain aku.

Nak baca sambungan dia…

Wajib Tonton - The Dark Knight

Wah…cerita Batman - The Dark Knight ni memang wajib ditonton oleh semua orang. Jalan cerita yang best dan penuh aksi. Melibatkan tiga watak utama dalam al-kisah Batman iaitu, Batman, Joker dan Two Face.

the dark knight

Dalam cerita The Dark Knight ni, aku sangat menyukai watak Joker yang pandai physco orang. Dia sangat suka membuat kecoh dengan menghuru-harakan keadaan. Sampai, Batman pun naik tension dengan perangai Joker ni yang sanagt-sangat menyusahkan orang.

Part yang aku suka bila si Joker men-psyhco Batman untuk pilih siapa yang dia harus selamatkan, Harvey Dent atau Rachel Dawes. Sudah mesti la Batman akan selamatkan gadis idaman dia kan? Tetapi si Batman telah terselamatkan Harvey Dent. Dan bermula kisah Two Face pulak.

Nak baca sambungan dia…

Cafe Akhil Hayy

Nak kata aku ni seorang yang alim tak la jugak tetapi aku suka mengikuti rancangan dekat Astro channel 106 (Oasis) pukul 11.00 malam setiap hari Ahad, Cafe Akhil Hayy. Rancangan ini mengisahkan pandangan Ustaz Akhil Hayy yang disampaikan secara bersahaja khusus untuk golongan remaja.

AkhilDBSC

Pendekatan Islam yang diberikan sangat menarik. Aku suka cara dia menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh Afiq AF dan juga Noni AF. Di dalam rancangan itu juga, ada diselitkan dengan lawak jenaka yang dibuat oleh Ustaz Akhil Hayy itu sendiri.

Nak baca sambungan dia…

Wajib Tonton - Wanted

Sudah lama aku tidak menonton wayang sejak habis belajar di UTM tu. So pada hari Sabtu yang lalu, aku telah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama dengan family aku untuk pergi menonton wayang. Cerita yang kitorang pilih adalah Wanted.

200px-Wanted film poster

Wanted mengisahkan seorang lelaki yang tidak mengetahui bahawa ayah dia merupakan seorang pembunuh upahan yang handal. Dia pun tidak tahu yang dia juga mewarisi kuasa seperti ayah dia yang boleh mengawal degupan jantung sehingga 400 degupan seminit. Dengan degupan jantung yang selaju itu, dia dapat bertindak dengan pantas dan cepat.

Kalau korang suka menonton cerita-cerita mengenai pembunuh upahan seperti cerita Hitman dan seangkatan dengannya, korang juga mesti berminat untuk menonton cerita seperti ini. Pelakon utama dia bukanlah Angelina Jolie walaupun dalam trailer cerita tu, asyik menayangkan Angelina Jolie je.

Yang best dalam cerita ini adalah aksi tembak menembak. Lagi-lagi semasa si Wesley nih tembak dengan cara yang unik sampai peluru tu boleh curve. Entah macam mana dia buat, aku pun tak pasti. Tetapi memang best la part tembak-tembak tu.

Untuk cerita Wanted ni, aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ini dan status Wajib Tonton.